Friday, November 28, 2008

Bila Nak Mula Kerja?

Tanggal 8hb March 2008 sudah 8 bulan berlalu....yang nak mati dah pun mati ...yang sakit ada yang sembuh..yang sehat ada sakit...yang bercita-cita jadi YB dah pun menang atau kalah... Yang kalah ada yang meraung..yang menang tersenyum kulum..

Apa pun yang nyata harga minyak dah naik dan turun..yang tak turun-turun harga barangan..yang ada makin naik. Sang Penjual ayam 'complain' harga supplier tambah naik....sebenarnya apa yang betul-betul naik? Darah orangramai yang tak berduit yang naik sebab tak boleh tidur memikir macamana nak cukupkan 'budget'

Suratkhabar hari -hari cerita orang politik bergaduh..agaknya bila nak bekerja bagi khidmat pada rakyat?Mungkin dah termaktub dalam resume orang politik fungsi utama mereka 'bergaduh'. jadi terbiarlah negara dan rakyat. Yang mengundi dulu terasa benar diperbodoh.

Tak mengundi rugi..mengundi diperbodoh dek orang politik....

Di negara Malaysia bumi bertuah ni...pak -pak menteri lebih mengutamakan para peniaga.
Bila harga minyak naik jam 12.00.01 saat para peniaga naikkan harga barangan. Bila harga minyak turun tak pulak macama tu....bila ditanya dia bagi alasan sama...stok lama la...Pak Menteri yang jaga Perdangana pun setuju..nak turun harga barang kena tunggu stok baru...tapi stok lama tu tak habis -habis... Naik harga punya jam, barang dalam kedai dah tambah untung 40%..sekarang minyak turun mungkin untung sekitar 60% dari untung yang mula-mula.Ikut kira-kira budak darjah satu peniaga dah untung 100%. Pak menteri suruh orang ramai boikot..kerajaan tak boleh buat apa katanya...cuba dia mula boikot jangan beli beras..amacam?tak yah jogging seminggu dah boleh jadi kurus.

Bila harga minyak naik Pak Menteri yang jaga Perdagangan kata subsidi minyak lebih baik digunakan untuk subsidi bahan makan. Tapi bila harga beras naik, mana subsidi nya ? Harga beras tetap naik..mana subsidi minyak tu pergi....

Ana beli roti arab di Mekah 5 keping, harganya 1 riyal saudi...sekeping roti arab jatuh 0.20 riyal. Dua puluh sen la tu...di Malaysia 20 sen boleh beli satu per empat roti canai mamak aje.....Alkisah Saudi Arabia yang import 100% bahan makanan..harga nya lebih murah dari Malaysia yang boleh tanam Padi, Ubi, Kelapa, Sayuran dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya bukalah website Al-Marai ( syarikat milik kerajaan yang menjaga hal ehwal makanan)

Ana pernah berkata -kata dengan Pak Menteri yang jaga Pembangunan Luar Bandar masa nak naik kapalterbang di KLIA...dia cakap Ana setuju sangat..manusia ni buat apa pun boleh sabar tapi jangan tak bagi makan.. nanti dia mengamuk. Hakikatnya dah berlaku di Haiti..jatuh kerajaannya sebab rakyat tak makan..semua mengamuk. Mungkin di Malaysia akan berlaku macam Haiti.


Bila la ahli politik kita (tak kira apa parti) nak duduk berbincang buat strategi menghadapi kemelesetan ekonomi yang kian hampir...Obama menang McCain ucap tahniah...seru rakyat sokong sorang Presiden. Di Malaysia...parti yang kalah usaha nak memporak perandakan negara. Itulah Maysia negaraku (bukan Mamula Moon)